Friday, December 25, 2009

TAHUN MELAWAT INDONESIA 2009

18hb Disember 2009, sekali lagi saya dan keluarga ke luar negara. Kali ini kami melancong ke JAKARTA, PUNCAK, BANDONG di Indonesia. Tempat lawatan 3 SERANGKAI di Indonesia seperti juga penyakit 3 serangkai yang sering orang sebut. Maknanya tak sempurna kalau tak melawat salah satunya. Sebenarnya lawatan ini adalah TRIP COMPANY 2009 bagi syarikat bapa saya pada tahun ini, juga mengambil kesempatan dengan TAHUN MELAWAT INDONESIA yang jatuh pada tahun 2009. Antara tempat menarik yang di kunjungi adalah Gunung Berapi Tangkuban Perahu di Bandung. Tangkuban bermakna terbalik. Dari jauh gunung tersebut kelihatan seperti PERAHU YANG TERBALIK, dimana bahagian atasnya kelihatan mendatar.

Di Puncak pula, kami sempat melawat ke MASJID BESAR yang agak unik. Selepas saja masuk pintu pagar, kita di kehendaki menanggalkan kasut dan setokin. Kemudian kita akan melalui kawasan kolam cetek yang dengan sendirinya kaki kita di basuh sebelum masuk ke ruang masjid. Air di kolam cetek tadi adalah air dari alur sungai yang mengalir bersebelahan masjid. "Ini adalah satu IDEA YANG MENARIK" kata bapa saya.

Selepas melawat masjid kami singgah di TAMAN SAFARI dalam perjalanan ke Jakata. Taman Safari adalah taman binatang liar di mana kita yang duduk di dalam kandang (dalam bas) dan binatang bebas di luar. Amat menyeronokkan semasa di taman safari, kita rasa seperti tinggal di dalam hutan bersama binatang liar kerana mereka bebas lepas. Harimau, Singa, Zirafah, Rusa dan lain-lain dan tak terkecuali binatang yang terkaya....BERUWANG....hehehe.

Di Jakarta kami melawat ke MASJID ISTIQLAL, TAMAN MINI INDONESIA, NATIONAL MONUMENT, ANCOL THEME PARK dan banyak lagi. Di Hotel Batavia Jakarta kami sempat mandi kolam, seronok nya.... tak gitu.

Tour guide kami adalah Uncle Bili, tapi orang islam. Baik, bagus semua kehendak kami di layannya. (gambar atas-bawah kanan)
Semasa di Bandung kami makan malam di sebuah Restoran unik iaitu di Restoran Kampong Daun. Terdapat dendangan lagu dari sekumpulan 3 wanita bertudung (gambar atas-bahagian kanan atas). Seorang menyanyi, seorang main gitar dan seorang lagi main drum. Mereka mendendangkan lagu-lagu nasyid dan ada juga lagu-lagu kontemporari. Sungguh mengasyikkan.

Di sebuah restoran di Jakarta pula terdapat sebuah pelamin orang Indonesia. Kami sekeluarga pun mencuba pelamin tersebut. Lihatlah gambar tu , cantik kan!!!

Begitulah sedikit sebanyak cerita saya semasa di Indonesia. Semoga berjumpa lagi di masa akan datang. Sekian dulu.

Thursday, July 2, 2009

HARILAHIRKU

23hb jun 1999 tarikh saya di lahirkan. 23hb jun 2009 genaplah umur saya 10 tahun. Oleh kerana tarikh itu jatuh pada hari selasa, hari persekolahan, abah dan ibu melewatkan sedikit hari sambutan nya pada 28hb jun, hari ahad. TERKEJUT juga saya tak sangka, kerana tarikh 23hb tu telah terlepas. Ibu dan Abah tak memaklumkan apa-apa pun tentang majlis yang diadakan itu. Saya di raikan di restauran JM Bariani House Bangi, Selangor. Makanannya memang best......surppppppppppp.......sedap...





Kek yang di tempah khas untuk saya pada hari tersebut. Satu batang lilin besar menandakan 10 tahun.


Antara aksi-aksi saya semasa majlis itu.


Antara jemputan yang hadir adalah Mak Tok dan Tok Wan, keluarga Along dan Ummi, keluarga Anjang dan Makjang serta keluarga Acu dan Maksu.





Tetamu paling genit adalah Nuha dan Hakiem. Manakala tetamu paling gembira tentulah Fahiem dan Razin serta Darweesh. Riuh rendah restauran itu di buat mereka.

Ramai yang datang pastinya tanpa tangan kosong. Inilah antara hadiah-hadiah yang telah saya terima. Kebanyakannya warna PINK. Ramai yang dah tahu warna favorite saya. Kepada yang memberi, JUTAAN terima kasih saya ucapkan. Kepada yang TIDAK, cuba lagi tahun depan ya....hehehe............

Semua dekor-dekor yang terdapat di kawasan jamuan adalah hiasan dari pihak tuanpunya restauran. Sebelum menjamu selera, Along Haziq membaca doa. Selepas semuanya selesai, kami bergegas menghantar Along Haziq dan Angah Qayyiem semula ke asrama. Along Haziq ada program selepas Asar. Hanya Abang Faiq yang tidak dapat hadir. Namun dapat lah juga beliau merasai juadah yang kami makan kerana baki makanan di bawa Along kepadanya. Moga bulan depan kita jumpa lagi. AAHHHAAA..... Birthday siapa pula???????????

Monday, June 22, 2009

BEIJING....OH....BEIJING.....

Abah merahsiakan kepada saya dan adik-beradik yang lain rancangannya untuk membawa kami sekeluarga melancong ke Beijing dari 7-12 hb Jun 2009. Hanya 1 minggu sebelum tarikh bertolak barulah ianya di hebahkan ketika Along dan Angah dah pulang dari asrama untuk bercuti 2 minggu cuti pertengahan tahun. Mula-mula semuanya tak percaya kerana abah baru je bawa kami mengerjakan umrah pada April lalu. Tak kan nak pergi berjalan jauh lagi. Tapi itulah hakikatnya.

2 MINGGU SEBELUM BERLEPAS.
Abah menceritakan 2 minggu sebelum pergi, abah hanya 50-50 samada hendak pergi atau tidak memandangkan wabak H1N1 sedang menular di seluruh dunia. Itulah antara sebab mengapa abah tidak mengumumkan awal-awal. Pada tarikh ketetapan perlu dibuat seperti yang di syaratkan oleh agen perlancongan, abah pergi mendapatkan pendapat doktor famili abah, Dr. Hasni. Selepas mendapat pandangannyalah abah memberanikan diri dan Dr. Hasni nasihatkan untuk mengambil vaksin(ubat cucuk) 2 minggu sebelum pergi.
Maka 2 minggu sebelum, kami sekeluarga pun pergilah cucuk. Tapi masa itu abah masih merahsiakan rancangannya itu. Alasan abah cucuk hanya untuk mencegah dari di jangkiti penyakit H1N1 itu.


HARI 1 (7HB. JUN 2009)
Kami bertolak dari rumah awal pagi menaiki teksi MPV sebelum subuh lagi. Sampai je di airport KLIA kami pun terus je solat dan kemudian check-in. Sekitar jam 9.00 pagi pesawat MAS MH 378 pun berlepaslah. Perjalanan mengambil masa selama 6jam 15minit. Dalam perjalanan tak banyak aktiviti yang kami lakukan, hanya makan 2 kali, tidor dan tengok video. Dan yang paling teruja sudah
tentulah si paling kecil Darweesh. Kami berdua di layan agak istimewa kerana kami kanak-kanak. Makanan pun special, dan diberi alatulis lagi. Masa 6 jam tu tak lah rasa lama sangat, mungkin masing-masing excited nak pergi Beijing. Kami mendarat jam 4.15 petang. Waktu Beijing
sama dengan waktu Malaysia. Cuma kerana ketika ini musim panas, siangnya lebih panjang dan malam nya agak pendek. Abah kata kalau musim sejuk pula, siang pula pendek dan malam jadi panjang. Oleh kerana pada ketika ini heboh dengan kisah H1N1, maka di Beijing kemasukan para
pelancong asing dikawal rapi. Setiap penumpang di ambil suhu badan. kebetulan penumpang di kerusi di hadapan kami mengalami demam. Maka kami semua di arah memakai topeng muka. Pemereksaan tersebut mengambil masa lebih 1 jam. Semasa di balai ketibaan,
pemandu pelancong kami telah pun menunggu, Uncle Philip namanya. Kami pun terus di bawa dengan bas ke hotel. Di hotel kami di temani lagi dengan 6 orang lagi (3 pasang suami isteri) pelancong dari Malaysia yang
tiba lebih awal. Kami pun terus di bawa ke sebuah restoran muslim untuk makan malam. Nampaknya semua orang selera makan, licin semua lauk. Setelah selesai makan, kami pun keluar menuju ke bas. Depan restoran ramai pendatang dari Kaghistan yang berniaga menjual kekacang manis (Candy). Meriah juga keadaannya. Kami sepatutnya ke aktiviti seterusnya iaitu menonton persembahan Akrobatik. Oleh kerana lewat ianya telah di tunda keesokan harimya.

HARI 2 (8 HB. JUN 2009)
Seawal jam 3 pagi dah masuk subuh di Beijing. Jam 4.15 pagi dah cerah macam pukul 7 pagi di Malaysia. Kebetulan pagi tu hujan lebat telah turun sebelum waktu subuh lagi.
Sepatutnya acara pertama pagi ini ialah melawat ke Medan Tiananmen. Dek kerana hujan, program tersebut di pinda. Kami pergi melawat tempat-tempat dalam bangunan dahulu. Jadi kami pun dibawa ke kilang membuat sutera. Barulah saya
tahu bagaimana kain sutera tu di proses dari kepompong ulat hingga menjadi kain untuk di buat baju. Sebelah petangnya selepas makan dan solat, kami di bawa ke satu-satunya muslim supermarket di mana semua barang-barang jualan di jamin halal. "Ibu terjumpa dengan kawannya semasa kat Mekah!" Eh! biar betul. Acah je tu. Tapi kalau kita ke Mekah begini lah pakaian jemaah haji dan umrah kalau datang dari Negeri China.

Dah agak lewat petang, namun hujan masih belum berhenti. Saya dan rombongan kena jugalah meredah hujan melawat Medan Tiananmen dan Forbiden City, kerana hari-hari lain pun program agak padat. Abah terpaksa beli payung. Kami kongsi 3
payung untuk 6 orang. Selepas tu kami pergi makan malam di restoran halal yang lain pula. Di Beijing tak ada masalah nak makan kerana banyak restoran halal. Di Bangkok pun tak begini. Kemudian kami ke persembahan Akrobatik. Habis persembahan kami balik ke hotel untuk berehat.
HARI 3 (9HB. JUN2009)
Alhamdulilah hari yang cerah. Langit Beijing yang berjerubu terang benderang hari ini. Hari ini adalah hari kemucak kerana kami akan menawan STRUKTUR GAH iaitu TEMBOK BESAR NEGERI CHINA. Semua orang nampak ceria hari ini. Hujan pun dah berhenti. Dalam perjalanan tu
kami singgah dulu di kilang JADE. Macam-macam jenis jade ada di jual di situ, kecil, besar, hijau, hitam, putih semua nya ada. Kami tiba di kaki gunung jam 10.30 pagi. Udara amat nyaman dan segar. Uncle Philip memberi kami tempoh 2 jam untuk naik ke atas meneroka dan kemudian
turun. Saya dan ibu mendaki hanya setakat kota pertama sahaja. Abah di kota ketiga. Along, Angah dan Darweesh sampai ke kota keempat. Mereka bertiga ingin teruskan, tapi abah kata cukuplah, takut-takut berlaku perkara yang tidak di ingini. Ini di kota pertama. Itu pun dah tinggi. Bagaimana kalau di kota keempat seperti yang di daki mereka bertiga. Tak apa lah yang penting saya dah jejak ke sini. Orang kata tembok sepanjang 6,000 km ini adalah satu-satunya binaan buatan manusia yang dapat di lihat di bulan dengan mata kasar tanpa menggunakan teropong. Tak tahu lah pula, itu kena tanya Dr. Sheikh Muzaffar kerana dia pernah meneroka ke angkasa lepas. Sebelah petang kami melawat kilang kristal. Memang di Beijing ni banyak betul kilang-kilang kraf tangan. Di hadapan kilang tersebut terdapat replika patung-patung
Pahlawan Terracotta yang mahsyur itu. Patung-patung ini telah dijumpai di suatu daerah di China dan di katakan ianya hasil buatan di zaman Maharaja Shih Huang Ti 2,000 tahun dahulu.

HARI 4 (10HB. JUN 2009)
Tempat pertama hari ini adalah menuju ke Summer Palace. Inilah rupa Uncle Philip pemandu pelancong kami. Cantik kawasan sekitar Summer Palace ini. 75% keluasan tanah di penuhi dengan air tasik yang jernih
berwarna biru. Selepas makan tengahari kami melawat Stadium Sarang Burung yang mahsyur semasa Sukan Olimpik 2008 yang lalu. Saya nampak cantiklah, yang lain saya tak tahu nak komen. Abah pandailah.
Gambar bunga ni adalah lanskap yang terdapat di sekitar kawasan stadium. Cantik sungguh dengan warna warninya, ada merah, kuning, ungu dan sebagainya.

HARI 5 (11HB. JUN 2009)
Hari ini kami berjalan agak jauh ke barat daya Beijing, iaitu bandar TIANJIN. Jaraknya sekitar 150km dari Beijing dan perjalanan dengan bas mengambil masa selama 1 jam 30 minit.
Di Tianjin juga terdapat sebuah roda bulat yang di namakan EYE OF CHINA macam lah Eye of KL atau pun Eye of London. Tianjin adalah sebuah bandar moden yang sedang pesat membangun. Bangunan-bangunan pencakar langitnya banyak yang dalam
pembinaan dan jambatan-jambatan yang merintangi sungai tak ubah macam rekabentuk jambatan di Putrajaya. Cuma ianya pendek sedikit. Kami di bawa melawat kawasan bazar menjual barang-barang kraf dan seni. Disitulah abah membeli gasing
Darweesh dan sepupu Razin dan Fahiem. Agak unik juga gasing tu dan rekaannya memang hebat kata abah. Selesai makan tengahari di sebuah restoran muslim di Tianjin, kami ke Masjid Tianjin untuk solat jamak dan qasar Zohor dan Asar. Masjidnya macam kat Malaysia berbentuk moden. Ada kubah emas 3 buah.

Kemudian..........HAHAHA.......... kata abah, inilah sebenarnya tujuan lawatan ke Tianjin tu, untuk menaiki keretapi laju atau Bullet Train. Kat Malaysia belum ada lagi. Kalau ada pun KLIA express. Itu pun kelajuan nya hanya mencecah 150km sejam. Bullet Train dari Tianjin ke Beijing ini mencapai kelajuan 326 km sejam semasa kami menaiki nya. Bagi sesiapa yang teringin menaiki keretapi laju ni, boleh juga naik kapalterbang Air Asia dari LCCT. Air Asia mendarat di Tianjin, bukan di Beijing. Lepas tu boleh lah cuba bullet train ni untuk ke Beijing.

HARI 6 (12HB. JUN 2009)
Asyik pergi melawat je ni, bila masanya pergi shopping. Adaaa.... Petang hari ke 4 dan ke 5. Pagi hari terakhir, iaitu hari ke 6, Atuk-atuk kumpulan kami tu dah berlepas pulang. Tak sama dengan kami. Mereka pulang awal sedikit. Jadi, pagi tu pun kami pergi lah shopping. LAST CAKOK kata orang. Lepas makan tengahari kami pun menuju ke airport dan berlepas pulang ke KL jam 4.15 petang. Sampai di KLIA jam 10.40 malam, kami terus pulang ke rumah menaiki teksi. Begitulah kisahnya. Sekian.

Friday, June 5, 2009

MELAWAT NENEK

Minggu lepas 30hb Mei 09 sempena cuti sekolah saya sekeluarga telah balik ke kampong. Dari kampong kami ke Seberang Perai. Kami berkunjung ke sebuah tempat yang bernama POKOK MACHANG.
Di Pokok Machang kami mengunjungi sepupu ibu yang bernama Makcik Zura. Agak unik juga Rumah Makcik Zura kerana ianya di buat daripada kayu. Selain merupakan kediaman, Makcik Zura juga mengusahakan perniagaan yang berupakan
HOMESTAY di rumah kayu tersebut. Pada sebelah malamnya pula Makcik Zura mengusahakan perniagaan restoran. Wah! hebat betul Makcik Zura ni. Macam-macam bisnes diusahakannya.
Selain daripada hal-hal yang diceritakan tadi, Rumah Kayu ini di diami oleh seorang nenek tua. Ibu memanggilnya Mak Long Bedah.
Umur Nenek Long Bedah ini telah mencecah 100 lebih tahun. Namun ingatannya masih kuat. Masih boleh menghafal ayat-ayat Quran. Semua nama kami di sebutnya satu persatu.
Nenek Long Bedah sangat gemar menghisap curut. Namun ibu terpaksa memasang apinya terlebih dahulu sebelum di berikan kepada Nenek Long Bedah untuk di hisap.
Inilah gambar close-up Nenek Long Bedah yang merenung jauh. Mungkin merenung kehadapan sisa-sisa hidupnya yang hanya di ketahui oleh Allah SWT. Untuk Nenek Long Bedah, saya ucapkan dan berdoa agar beliau sihat sejahtera, bahgia dan selamat menempuh hari-hari yang mendatang dengan tabah.

Wednesday, May 6, 2009

PEKENA CHAR KOR TEOW DI WARUNG ALANG

Cuti 3 hari hujung minggu lalu sempena hari pekerja, saya dan keluarga pulang ke kampong Mak Tok dan Tok Wan. Ini lah kepulangan Mak Tok ke rumah sendiri setelah 1 bulan meninggalkan kampong kerana menunaikan umrah. Juga pulang ke kampong adalah Acu sekeluarga. Alang pun turut sama.

"Semasa di kampong, saya sekeluarga sempat menjamu selera di WARUNG Alang pekena cha kor teownya. Malam itu ramai jugalah pelanggannya, lakulah 13 pinggan cha kor teow dia."

Acah je tu. Sebenarnya kat rumah Maktok je. Alang masak cha kor teow resepi rekaan dia sendiri. Alang pun sedang mencuba-cuba untuk membuka bisnes sendiri di kala kegawatan ekonomi pada masa ini. SEDAPPPPP.......cha kor teow alang tu. Kalau setakat KUE TEOW DOLI yang mahsyur kat Taiping tu, rasanya alang boleh pukul punya. Alang punya lagi BEST.
Ada 2 perisa, satu gelap dan satu lagi putih. Order je, nak cha kor teow gelap atau cha kor teow putih. Klik lah pada gambar sebelah kiri ni untuk gambaran lebih jelas cha kor teow gelap alang tu. Tengok je dah tahu sedap dan meleleh air lior di buatnya.
Gambar bawah pula adalah bahan-bahan ramuan yang alang adunkan untuk cha kor teow nya tu. Kalau nak tahu adunannya tu, kena telefon lah alang sendiri, kalau-kalau alang mahu membongkar rahsianya itu.


Alang berhati-hati memasukkan perencah rahsianya itu agar sukatannya tepat untuk memastikan cha kor teownya mencapai mutu yang dikehendaki. Antara rahsia yang telah alang bongkarkan pada ibu ialah kena masak untuk 1 pinggan saja pada setiap kali masak. Kalau lebih pasti mutu yang di kehendaki tak menjadi. Nampaknya kalau nak makan nanti kenalah pelanggan-pelanggan banyak bersabar untuk menikmati cha kor teow sedap alang tu.


Gambar bawah, contoh cha kor teow putih dan gelap (yang dah hampir habis tu). Tak tahu la pulak kalau masa betul-betul nanti, udang-udang besar tu ada atau tidak. Kalau tidak pun paling kurang sekor mesti ada. Ialah kalau banyak sangat nanti mana nak datang untungnya. Takkan Alang nak buat amal jariah je tiap-tiap malam.



Gambar kanan Along Haziq dan Angah Qayyiem menikmati cha kor teow Alang yang sedap tu.


Gambar bawah, ahli-ahli keluarga yang lain sedang menikmati keenakan masakan cha kor teow yang rasanya belum ada tandingannya setakat ini. Bagi keluarga Anjang dan Along yang belum merasainya lagi cepat-cepat lah buat janji dengan Alang bila nak balik dan berjumpa di kampong. Boleh pekena cha kor teow Alang yang sedap tu.




Setelah memasak 12 pinggan untuk kami semua, Alang pun memasak cha kor teow yang ke 13 untuk dirinya sendiri. Tapi tak aci la, saya nampak udangnya lebeh...kue teownya pun banyak pulak tu. Tak pa la sebab Alang tauke, mestilah untuk diri sendiri dia buat lebeh special.


Pada malam itu juga makan malam kami di sajikan dengan ais cendol. Yang tu Alang beli kat Taiping. Memang cendol tu BEST CENDOL in Taiping town. Tewas CENDOL PAK WAHAB yang terkenal di Wangsa Maju tu. Rasanya malam tu lah makan malam paling special pernah saya jamah. BEST CHA KOR TEOW ALANG lawan BEST CENDOL IN TAIPING TOWN. Rugilah Anjang dan Along sekeluarga sebab tak balik minggu tu.




Eh...Eh.....Eh.......Apa Acu ni, tadi dah habis sepinggan. Yang ni tumpang Maksu pulak. Itu tandanya sedap sangat cha kor teow Alang tu. Cukup lah Acu, Maksu pun nak makan juga. Lama-lama sangat duduk makan tu, ingat lah Acu tu bukan berdua lagi. Acu sekarang dah bertiga. Hakiem tu sape nak jaga. Akak jugak....Akak jugak. Gurau je Acu. Jangan marah.

Rasanya tak sabar nak tunggu bila Alang nak mula bisnes nya tu. Kalau buka kat KL tentu saya datang makan tiap-tiap malam. Cuma satu Alang, nak bagi cadangan, nama cha kor teow Alang tu mesti unik, supaya orang selalu ingat. Contoh yang ada macam Kue teow DOLI, kat KL ni ada nama MEE RACUN. Semua tu unik dan orang mudah ingat. Semoga Alang berjaya di dalam dunia perniagaan yang penuh mencabar. Semoga akan lahir seorang lagi usahawan dari kalangan keluarga Mak Tok dan Tok Wan. InsyaAllah.........

Friday, April 17, 2009

PANGGILAN BAITULLAH



WOWWW!!! Besarnya Kaabah ni rupanya. Itulah bisikan hati saya pertama kali saya melihat Kaabah dengan mata kepala saya sendiri. Tengok dalam gambar atau tv ingatkan kecil aje. Apa-apa pun saya bersyukur menjadi tetamu Allah di Baitullah pada umur seusia ini, 10 tahun.



Abah membawa kami sekeluarga mengunjungi Baitullah dari 2-14hb April menggunakan agen perlancongan CS Holidays. Selain kami Tok Wan dan Mak Tok pun ikut serta. Mak Tok dan Tok Wan memang menunggu kalau-kalau abah nak ke Mekah kerana kata mereka semasa mengerjakan haji dulu tahun 2005 melalui muasasah tak banyak tempat yang mereka pergi, kerana tak ada siapa yang nak bawa.



Inilah Hotel Najd tempat kami tinggal selama 8 malam. Hotel ini berdekatan Masjid Kucing. Abah kata pada tahun 2006 masa abah menunaikan haji, hotel depan hotel Najd ini telah runtuh dan mengorbankan beberapa orang termasuk jemaah-jemaah Malaysia. Tiba-tiba hari ni datang dah ada hotel baru. Bertingkat-tingkat pula tu.
Gambar kanan tu adalah gambar ibu dengan seorang jemaah dari Pakistan. Rupanya saling tak tumpah macam Auntie Zuha kawan ibu. Cuma dia tinggi sikit dan gemuk sikit. Yang misterinya bila kami balik Malaysia ibu ada telefon Auntie Zuha nak bagi tahu ada orang Pakistan rupa sebiji macam dia. Auntie Zuha pula kata 1 malam masa kami dekat Mekah, dia ada bermimpi yang dia pergi ke Mekah. Dan di Mekah dia telah berjumpa dengan ibu di sana. Pelik betul cerita ni, tapi itulah realiti.




Gambar atas ni, kami di kaki Bukit Thur, tempat Nabi sembunyi semasa peristiwa HIJRAH. Gambar kanan pula gambar di kaki Jabal Rahmah. Saya dan Darweesh merasai bagaimana menunggang unta.



































Masih mengenai unta. Kali ini kami di bawa melawat ke ladang unta di Hudaibiah. Kami dapat lihat bagaimana susu unta di perah. Susu unta rasanya macam santan kelapa tapi tidak berbau. Buihnya dikatakan boleh melicinkan kulit jika di sapukan di muka. Gambar atas kanan-Ibu pun mencuba menyapunya ke muka saya. Tapi setakat sekali sapu tak mungkin ianya berhasil.










Ibu sempat membawa kami merasai KFC di Mekah. Nak rasalah kelainannya dengan rasa di Malaysia. Memang ada lainnya. Tentulah citarasa kita di Malaysia lebih sedap sebab lidah kita dah lidah orang Malaysia. Bagi orang arab tentu di sini lebih sedap kerana lidah mereka dah lidah orang arab. Cuma di sana tak ada cili sos. Yang ada hanya tomato sos.












Sebelum ke Mekah kami terlebih dahulu telah mengunjungi Madinah. Madinah adalah bandar yang lebih terancang dan tidak kelam kabut berbanding Mekah. Mungkin di Mekah keadaan sekarang di mana banyak bangunan sedang di runtuhkan menyebabkan ia begitu. Di Madinah semua hotel baru-baru belaka. Gambar di atas berlatar belakangkan Masjid Nabawi.










Gambar atas kiri-waktu makan di Madinah. Dari segi masakan, di Mekah lebih OK sebab citarasa masakan orang Malaysia. Berbanding di Madinah masakan adalah citarasa orang Indonesia. Gambar atas kanan-ketika dalam bas semasa ziarah luar di Madinah. Saya kurang sihat, muntah-muntah dan demam. Saya tak berapa nak enjoy lah pada hari itu.








Lihatlah gambar kiri atas-saya ketika di Bukit Uhud. Terpaksa tidur di atas paha ibu. Tak berapa sihat. Tok dalam gambar ni pun tak berapa sihat juga. "Sebenarnya Tok nak pergi pasar, nak beli ikan ni. Waktu pun dah tengahari." katanya. Tak sihat la tu!!!
Gambar kanan atas-kubur para syuhada' di kaki Bukit Uhud.









Di Madinah juga kami sempat melawat ladang khurma. Di ladang itu juga ada di jual buah-buah khurma. Di sini lebih elok jika di bandingkan di pasar kerana buah-buah disini lebih segar. Walaupun tidak sihat saya gagahi juga kerana saya tak tahu peluang begini akan datang lagi atau pun tidak.











Bergambar beramai-ramai di hadapan Masjid Quba'.









Sebelum ke Madinah dari KLIA kami singgah di Airport Doha Qatar selama 6 jam. Sempatlah saya dan adik Darweesh bersiar-siar di dalam kawasan Airport Doha.









Gambar-gambar ini semasa dalam tren dari bangunan terminal ke bangunan satelite di KLIA. Lihatlah semua orang tersenyum gembira untuk menaiki kapalterbang ke Mekah.








Gambar-gambar diatas adalah ketika kami hendak pulang ke Malaysia. Gambar kiri adalah beg tambahan yang Maktok beli kerana beg asal dah tak muat. Banyak jugalah yang Maktok shoping, maklumlah cucu-cucu pun dah ramai. Semua anak pun dah kahwin. Tentu ternanti-nanti buah tangan dari Maktok.
Gambar kanan pula menunggu di balai berlepas lapangan terbang Jeddah. Semuanya kelihatan sayu nak meninggalkan Mekah kota paling suci. Dalam hati semuanya berazam ingin datang lagi jika di kurniakan rezeki yang lebih. Bagi Tok Wan dan Mak Tok dah target nak datang lagi tahun 2011 jika panjang usia dan murah rezeki. Untuk kedua-duanya agak berpuas hati kunjungan kali ini, kerana banyak tempat baru yang di kunjungi berbandingan semasa haji dulu. Buat saya, berazam untuk menjadi seorang yang beriman dan anak yang soleha. Moga-moga ia dikabulkan Allah. Amin ya rabbal alamin.